Anda biasa menggunakan WinZip atau WinRAR? Kedua-dua perisian tersebut memang mudah digunakan tetapi sayang sekali perisian tersebut tidak percuma.
Ingin memampatkan fail anda? Cubalah 7-Zip.
Antaramuka (UI) 7-zip yang ringkas dan mudah dugunakan |
7-Zip merupakan perisian sumber terbuka (open source) yang diasaskan oleh Igor Pavlov. Perisian ini boleh digunakan pada mana-mana komputer termasuklah dalam organisasi komersial. Tidak perlu mendaftar atau membuat sebarang pembayaran untuk menggunakan 7-Zip.
Antara format yang disokong oleh 7-Zip ialah 7z, XZ, BZIP2, GZIP, TAR, ZIP dan WIM manakala bagi format ARJ, CAB, CHM, CPIO, CramFS, DEB, DMG, FAT, HFS, ISO, LZH, LZMA, MBR, MSI, NSIS, NTFS, RAR, RPM, SquashFS, UDF, VHD, WIM, XAR dan Z hanya untuh nyahmampat sahaja.
Secara perbandingan, bagi format ZIP dan GZIP, 7-Zip memampatkan fail antara 2% – 10% lebih baik daripada PKZIP dan WinZip. Ini bermaksud fail yang terhasil adalah lebih kecil saiznya.
Terdapat juga pilihan antara muka (UI) berbahasa melayu.
Antaramuka (UI) Berbahasa Melayu |
7-Zip boleh dimuat turun melalui pautan di bawah.
Muat turun 7-Zip
Juga terdapat dalam versi mudah alih (perlu memasang PortableApps dahulu)
Muat turun 7-Zip portable
Tiada ulasan:
Catat Ulasan