Halaman

Cari

Selasa, 17 April 2012

e-alQamus Online - Kamus Tribahasa (Bahasa Arab-Arab-Bahasa Malaysia-Bahasa Inggeris)

Kali ini saya ingin membicarakan tentang satu lagi kamus online percuma iaitu e-alQamus.
ealqamus

Kamus ini diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Carian maksud boleh dilakukan dengan menaip perkataan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab. Jika kita tidak mempunyai papan kekunci Arabic, perkataan boleh ditaip menggunakan papan kekunci maya dengan mengklik pada butang pilihan papan kekunci, satu tetingkap yang mengandungi huruf-huruf Arab akan dipaparkan.
ealqamus2

Perkataan-perkataan di dalam bahasa arab tidak akan dipaparkan sekiranya komputer kita tidak dilengkapi dengan huruf-huruf Arab. Namun anda tidak perlu risau, panduan pemasangan huruf-huruf Arab ada disediakan.
Selain daripada carian perkataan, kamus ini juga menyenaraikan:
  • Kata kerja
  • Kata nama
  • Perkataan berlawan
  • Mufrad & Jamak
  • Topik pilihan (perkataan disusun mengikut kategori)
Secara umumnya kamus ini amat mudah digunakan dan menjadi rujukan penting kepada anak-anak yang mempelajari bahasa arab atau terlibat dengan j-QAF.

e-alQamus Online boleh dilawati melalui pautan di bawah.
e-alQamus Online


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...