Halaman

Cari

Jumaat, 20 April 2012

Mp3Tag - The universal tag editor

Mp3Tag merupakan perisian yang boleh digunakan untuk mengedit metadata untuk format audio seperti mp3, wma, ogg dan mp4. Metadata ini biasanya dirujuk oleh pemain media untuk memaparkan nama artis, tajuk lagu, album dan sebagainya.

mp3tag


Apa yang menarik tentang perisian ini ialah metadata seperti tajuk lagu, penyanyi, genre dan sebagainya boleh didapati melalui online secara automatik. Kita juga boleh menukarkan nama fail kepada metedata contohnya jika semua fail muzik kita dalam bentuk penyanyi - tajuk lagu, Mp3Tag berupaya untuk mengekstrak nama penyanyi dan tajuk lagu bagi kesemua fail tersebut. Kita hanya perlu menetapkan apakah format yang kita kehendaki.

mp3tag2


Antara metadata yang boleh diedit oleh Mp3Tag.

mp3tag3

Sungguh mudah untuk menggunakan Mp3Tag, hanya klik kanan di dalam windows explorer pada fail yang hendak diedit dan pilih menu Mp3Tag, fail kita siap sedia untuk diedit. Kita juga boleh memilih untuk mengedit satu folder sekaligus.

Versi terkini Mp3Tag boleh didapati daripada pautan di bawah.
Mp3Tag – The universal tag editor


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...