Halaman

Cari

Jumaat, 27 April 2012

Wubi - Ubuntu Installer

Wubi merupakan windows installer untuk sistem operasi Ubuntu. Ubuntu merupakan satu pakej linux percuma yang mudah digunakan terutama sekali bagi yang baru mula berjinak-jinak dengan OS linux.

Antaramuka Wubi - Ubuntu installer


Biasanya sistem operasi (OS) linux agak sukar untuk dipasang kerana melibatkan tetapan partisi (partition) terutama sekali jika kita hendak memasang linux bersama-sama dengan windows. Wubi mengatasi masalah ini dengan membenarkan kita memasang linux bersama-sama dengan partisi windows tanpa mengubah atau membuat sebarang partisi baru pada cakera keras (hard disk) kita. Sekaligus mengelakkan kehilangan data sekiranya tetapan yang salah dilakukan pada partisi sedia ada.


Jika kita sudah tidak berminat lagi hendak menggunakan linux, hanya pilih uninstall seperti mana yang dilakukan terhadap perisian windows yang lain. Sungguh mudah kan?

Secara umumnya memasang linux dengan wubi sungguh mudah, tidak perlu lagi burn CD. hanya larikan (run) wubi, masukkan kata laluan untuk akaun pengguna linux dan klik "Install". Apabila sudah siap, restart sahaja komputer anda dan sudah siap, anda sekarang mempunyai pilihan untuk boot ke windows atau Ubuntu.

Wubi sedang memuat turun Ubuntu

Ubuntu telah siap dipasang

Wubi juga selamat digunakan, dimana OS windows akan kekal seperti biasa, tiada sebarang perubahan dilakukan, cuma Wubi hanya menambah sedikit pilihan untuk boot ke Ubuntu semasa kita onkan komputer. Wubi bebas dari sebarang spyware dan malware. Memandangkan Wubi merupakan perisian sumber terbuka (open source), perkara ini memang terjamin.

Pilihan untuk boot ke Ubuntu


Selain daripada Ubuntu wubi juga boleh digunakan untuk memasang Kubuntu iaitu slah satu variasi Ubuntu yang menggunakan KDE sebagai window manager (Ubuntu menggunakan Gnome).

Wubi adalah 100% percuma tidak perlu sebarang pendaftaran atau activation. Bagi yang mahu mencuba linux, selain daripada menggunakan LiveCD, cubalah Wubi, jika tidak mahu lagi menggunakan linux, cuma uninstall sahaja. Sungguh mudah.

Wubi boleh dimuat turun melalui link ini (Klik untuk muat turun).




wubi, linux, install linux, memasang linux, cara mudah memasang linux, mencuba linux, dual boot windows linux, try linux, ubuntu, kubuntu




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...