Halaman

Cari

Sabtu, 14 April 2012

PortableApps - Aplikasi mudah alih

Ada kalanya kita menghadapi masalah apabila fail yang diedit di komputer kita tidak dapat dibuka dengan menggunakan komputer yang lain kerana tiada perisian yang sepatutnya. Masalah ini dapat di atasi sekiranya kita dapat membawa bersama aplikasi atau perisian yang kita gunakan. Namun kebanyakan perisian memerlukan kita memasang (install) perisian tersebut terlebih dahulu.
Atau kita boleh memilih untuk menggunakan PortableApps dan yang paling best kesemua perisian yang terdapat di dalam PortableApps adalah percuma!
PortableApps
Menu utama PortableApps

PortableApps amat memudahkan kita kerana kita dapat membawa perisian yang kerap digunakan bersama-sama ke mana jua tanpa perlu membuat pemasangan (installation) hanya masukkan pemacu USB dan terus guna. Kesemua perisian yang boleh dimuatkan ke dalam PortableApps adalah perisian percuma sama ada freeware atau sumber terbuka dan kita tidak perlu membayar sesen pun untuk setiap perisian tersebut. Antara perisian yang boleh digunakan secara mudah alih adalah:

Untuk memasang perisian mudah alih amat mudah. Kita boleh memuat turun perisian secara berasingan, masukkan pemacu USB yang telah dipasang perisian Portable Apps dan larikan (run) fail setup. Setelah selesai perisian tersebut telah siap untuk digunakan dan dibawa ke mana-mana. Ataupun kita boleh memilih perisian yang hendak dipasang dengan cara mengetik pada butang Manage Apps dan pilih Get More Apps… Pastikan pemacu USB kita mempunyai ruang yang cukup untuk perisian yang kita pilih.

PortableAppsmalay
Menu untuk memasang applikasi. Antara muka menggunakan Bahasa Melayu


PortableApps boleh dimuat turun melalui pautan di bawah.
PortableApps.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...