SMS merupakan medium komunikasi yang popular. Biasanya pengguna SMS akan menggunakan singkatan bagi teks SMS yang hendak dihantar, mungkin kerana hendak memendekkan mesej SMS tersebut, atau sekadar hendak memudah proses menaip dilakukan.
Kadangkala SMS yang diterima terlalu ringkas sehinggakan penerima mungkin tersalah tafsir maksud sebenar SMS tersebut. Adakalanya perlu dibaca berulangkali baru faham.
Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyediakan panduan singkatan khidmat pesanan ringkas. Contohnya:
- pergi = pgi
- sampai = spai
- walaupun = w.pun
- assalamualaikum = askm
- wassalam = wslm
- waalaikummussalam = w.slm
Juga terdapat singkatan bagi emotikon seperti
- :-x - bibir terkunci
- :-p - mengejek
Panduan ini boleh didapati secara percuma melalui laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu -PRPM (klik di sini untuk muat turun dalam format PDF).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan